Profesor, doktor pun kena scam - Utusan Malaysia

Profesor, doktor pun kena scam

Fazlisyam Abdul Majid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kelicikan sin­diket Macau Scam yang menggunakan pelbagai taktik terma­suk penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan sahaja mampu memperdaya mangsa daripada golongan pertengahan tetapi turut menjerat golo­ngan profesional di negara ini termasuk doktor dan pensya­rah.

Seorang mangsa yang beker­ja sebagai pensyarah di pusat pe­ngajian tinggi memberitahu pihak polis, dia terpengaruh de­ngan Macau Scam yang modus operandinya melalui panggilan telefon itu hanya kerana orang yang menghubunginya boleh berbahasa Inggeris dengan bagus.

Menurut Ketua Penolong Pe­­ngarah, Siasatan Jenayah Pe­­ngu­bahan Wang Haram, Ja­ba­tan Siasatan Jenayah Komer­sial, Senior Asisten Komisio­ner Fazlisyam Abdul Majid, masyarakat tidak boleh melihat mangsa Macau Scam itu berjaya diperdaya kerana bodoh atau pandai.

“Tetapi sejauh mana penjenayah yang bercakap dengan mangsa itu pandai menipu, meyakinkan sampai mangsa boleh takut dan panik.

“Ada doktor kena tipu, profesor pun kena. Mereka percaya dan panik. Pernah kita tanya seorang pensyarah macam mana boleh percaya? Dia jawab, orang yang bercakap dengannya itu, bahasa Inggerisnya sungguh bagus dan amat meyakinkan,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Beliau memberitahu, dari Januari 2020 hingga September, negara ini mencatatkan jumlah kes 4,764 dengan kerugian RM232,642,026.44 akibat Macau Scam.

“Tangkapan yang dibuat pula membabitkan 2,433 orang, bermakna 51.1 peratus,’’ jelasnya.

Fazlisyam berkata, agensi penguat kuasa yang sebenar hanya akan menelefon untuk mengambil keterangan sahaja dan tidak pernah dalam prosedur mana-mana pun, hubungi orang ramai untuk minta pindah wang dalam akaun mana-mana atau meminta membuat apa-apa bayaran.

Dalam pada itu, Fazlisyam memberitahu, jenayah telekomunikasi (telco fraud) di negara ini meningkat sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Menurut beliau, berdasarkan kajian, terdapat empat jenayah telekomunikasi yang dikenal pasti sewaktu musim pandemik Covid-19 ini.

“Pertama judi atas talian. Kedua pelaburan tak wujud. Ketiga pinjaman tak wujud dan keempat adalah e-belian. Maksudnya e-dagang, beli barang, bayar kemudian tak hantar barang itu,” jelasnya.

Katanya, jenayah itu meningkat akibat suasana panik dalam kalangan masyarakat susulan wabak Covid-19 yang melanda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN