PM mengadap Agong hari ini - Utusan Malaysia

PM mengadap Agong hari ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Muhyiddin Yassin di Istana Negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8.00 pagi hari ini.

Istana Negara memaklumkan, perjumpaan selama satu jam itu membincangkan tentang mesyuarat pra-Kabinet.

“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya