Pemuda Negara Bahagian Maran anjur program belia bersih kampung - Utusan Malaysia

Pemuda Negara Bahagian Maran anjur program belia bersih kampung

GOLONGAN belia bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam di Felda Jengka 24 di Maran, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pemuda Negara Bahagian Maran melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program keceriaan kampung di Felda Jengka 24 di sini. 

Setiausaha Pemuda Negara Bahagian Maran, Ruzuwan Razak berkata, program sedemikian akan dilaksanakan setiap bulan bagi menceriakan kawasan kampung di tanah rancangan itu. 

“Pada hari ini kita melaksanakan program ini (keceriaan kampung) yang melibatkan 18 orang belia dan lima pegawai Felda Jengka 24.

“Pemuda Negara Maran berterima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 24 kerana membantu bagi membolehkan program itu dilaksanakan,” katanya di sini hari ini. 

Ruzuwan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengutamakan aspek ekonomi dan keagamaan golongan belia di kampung. 

Jelasnya, golongan belia harus seiring tentang kehidupan dan juga akhirat. 

” Dalam program belia yang kita laksanakan, ia mendapat sokongan dan penyertaan baik dalam kalangan belia di daerah ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya