Negeri Sembilan catat 155 kes baharu - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan catat 155 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 155 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Angka tersebut menjadikan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kedua tertinggi kes positif Covid-19 di negara ini hari ini selepas Sabah yang mencatatkan 410 kes positif hari ini.

115 kes positif tersebut juga merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan dalam sehari di negeri ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 1,492 kes. 

Daripada 155 kes baharu berkenaan, sebanyak 148 kes merupakan kes tempatan dan baki tujuh lagi kes merupakan kes import B iaitu merentas negeri dan mendapat jangkitan dari negeri lain.

Daripada 155 kes baharu berkenaan, 153 kes membabitkan kes di daerah Seremban iaitu di Mukim Labu dengan 126 kes saringan Kluster Kaya (tempatan), 16 kes saringan Kluster Kaya (import B), satu kes saringan pra pembedahan (tempatan), satu kes saringan bergejala (tempatan) dan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Manakala, di Mukim Rasah, penambahan dua kes saringan Kluster Kaya (import B) dan satu kes kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Di Mukim Setul, terdapat penambahan dua kes saringan Kluster Kaya (Import B) manakala di Mukim Seremban, penambahan satu kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (tempatan).

Di Mukim Rantau dan Ampangan, masing-masing penambahan satu kes saringan Kluster Kaya (Import B).

Di Rembau iaitu di Mukim Titian Bintangor mencatatkan penambahan satu kes hasil saringan Kluster Bah Layangan (tempatan).

Di daerah Port Dickson pula Mukim Jimah mencatatkan penambahan satu kes kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 (Import B).

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 1,078 kes telah sembuh dan discaj, 406 kes masih menerima rawatan di wad dan lapan lapan kes telah meninggal dunia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya