Muhyiddin tak layak minta Agong isytihar darurat - Utusan Malaysia

Muhyiddin tak layak minta Agong isytihar darurat

Mohamed Haniff Khatri Abdulla
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat kesihatan seperti yang diperkatakan banyak pihak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan mempertimbangkan nasihat daripada seorang Perdana Menteri yang belum berjaya membuktikan sokongan majoriti ahli Parlimen kepadanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tindakan Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang didakwa bakal mengumumkan darurat kesihatan sebenarnya bukanlah bertujuan memulihkan keadaan semasa, sebaliknya hanya ingin menutup kelemahan-kelemahan kerajaan sedia ada.

Menurutnya, jika darurat perlu bagi menamatkan persengketaan politik serta menstabilkan semula ancaman pandemik Covid-19, satu-satunya kaedah yang tepat adalah darurat politik.

“Darurat ada macam-macam jenis tetapi darurat politik ini kalau digunakan oleh Seri Paduka, Seri Paduka tidak perlu minta nasihat Perdana Menteri. Darurat yang lain seperti darurat kesihatan, ekonomi dan ketidaktenteraman memang kerajaan bertanggungjawab memberi nasihat dan kemudian Agong buat darurat.

“Tujuan Muhyiddin ambil idea ini adalah untuk selamatkan masalah dia. Jadi apabila Seri Paduka buat darurat kesihatan, kerajaan masih berfungsi dan Muhyiddin masih terlibat.

“Melalui darurat politik, Seri Pasuka boleh melantik jawatankuasa penasihat lain. Itu maksud yang saya katakan Muhyiddin nak gunakan darurat kesihatan untuk melindungi masalah dia. Kalau macam ini terjadi, kerajaan lagi berkuasa dan bermaharajalela,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam negara kecoh kononnya Perdana Menteri akan mengumumkan perintah darurat kesihatan bagi menangani kes Covid-19 yang semakin meningkat dan tidak terkawal di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN