: Mufti Perlis saran PRU diadakan segera - Utusan Malaysia

: Mufti Perlis saran PRU diadakan segera

Mohd Asri Zainul Abidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu segera diadakan bagi menyelesaikan kemelut serta ‘kenakalan’ politik ketika ini.

Bagaimanapun katanya, pilihan raya tersebut perlu diadakan dengan syarat-syarat tertentu selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pemimpin politik atau calon perlu dilarang daripada mengadakan kempen secara fizikal seperti ceramah umum, ceramah kelompok, kempen rumah ke rumah dan edaran risalah.

Sebaliknya kata Mohd. Asri, kempen hanya diadakan melalui media sosial dan apabila tiba hari mengundi, rakyat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Jika hal itu berlaku, maka kos kempen akan dapat dijimatkan. Ia akan memberikan peluang yang lebih setara kepada semua pihak yang bertanding. 

“Rakyat juga tidak perlu keluar rumah atau terganggu dengan dengan kedatangan calon-calon ke tempat mereka. Maka, kuranglah permusuhan dan ketegangan terbuka. 

“Dengan harapan juga dapat mengurangkan rasuah politik semasa berkempen selain pilihan raya akan jadi lebih adil untuk semua,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Asri, dengan langkah tersebut, rakyat akan melihat pilihan raya yang paling bersih dalam memilih kerajaan lebih stabil. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya