fbpx

18 Januari 2021, 11:08 am

  TERKINI

Malaysia sambut baik pengesahan ke-50 TPNW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi komitmennya terhadap pengharaman senjata nuklear dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain bagi mencapai matlamat dunia bebas ancaman senjata nuklear.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, dalam hal itu, Malaysia menyambut baik pengesahan ke-50 ratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) sekali gus akan mula diperakukan pada 22 Januari tahun depan.

Menurutnya, TPNW adalah instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah untuk melarang senjata nuklear secara komprehensif.

 Katanya, TPNW diambil tanggungjawab oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Julai 2017 bertujuan melarang semua aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear termasuk pengembangan, pengujian, pembuatan, pemerolehan, pemilikan, penyimpanan, penggunaan dan penempatannya. 

“Dengan perjanjian itu akan mengharamkan senjata nuklear di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menandatangani TPNW itu pada 30 September lalu sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara ke-46 dalam perjanjian tersebut. 

Katanya, Hishammuddin pada majlis menandatangani perjanjian itu menjanjikan sokongan dan komitmen Malaysia untuk merealisasikan impian dunia yang sudah lama tertangguh tanpa senjata nuklear.

Menurutnya, selepas Malaysia, turut menandatangani perjanjian itu ialah Tuvalu, Jamaica, dan Nauru dengan Honduras menjadi negara ke-50 yang mengesahkan perjanjian pada 24 Oktober lalu.

“Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua negara yang mengesahkan dalam perjanjian TPNW dan berharap negara-negara lain akan mengambil pendirian sama.

“Senjata nuklear adalah risiko bagi semua negara, maka penghapusan senjata-senjata ini amat diperlukan untuk keselamatan bersama,” katanya. -UTUSAN

BERITA BERKAITAN