Malaysia boleh jadi model pembangunan seimbang  - Utusan Malaysia

Malaysia boleh jadi model pembangunan seimbang 

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia harus menjadi model dan membuktikan kepada dunia dalam merangka corak pembangunan agar seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan  kelestarian alam sekitar. 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kombinasi dua perkara itu mesti didasari dengan elemen kesederhanaan dan keseimbangan yang akan menatijahkan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan di seluruh dunia.  

“Cabaran yang kita hadapi pada hari ini menuntut usaha kolektif untuk  menginovasikan masa depan negara yang lestari daripada pelbagai aspek sama ada dalam bentuk pemikiran dan gaya hidup. 

“Inovasi ini bertujuan untuk  menangani cabaran perubahan iklim yang semakin kompleks bagi membantu  kelangsungan hidup manusia,” katanya dalam ucapan penutup  Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia yang ke-11 (IGEM 2020) secara maya, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata,  sokongan pelbagai pihak telah merealisasikan IGEM sebagai  platform signifikan untuk mempromosi agenda hijau dan inovasi teknologi  yang semakin penting. 

Menurut beliau, lebih 150 pempamer telah mengambil bahagian dalam IGEM  2020 yang diadakan secara maya sekali gus merupakan satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. 

Beliau memberitahu, IGEM 2020 telah mencapai sasaran awal petunjuk perniagaan dan banyak syarikat baharu telah menyertai  keluarga besar persidangan itu. 

“Saya juga amat berbangga melihat komitmen daripada  kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berusaha sebaik mungkin melaksanakan inisiatif rendah karbon di bandar-bandar di negara ini,” katanya. 

IGEM 2020 yang berlangsung selama lima hari itu telah menyaksikan sebanyak 14 persidangan telah dianjurkan menerusi 45 sesi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya