Lebih 800,000 benih udang galah dilepaskan di Tasik Kenyir - Utusan Malaysia

Lebih 800,000 benih udang galah dilepaskan di Tasik Kenyir

AZMAN Ibrahim (dua dari kiri) dan Zawawi (dua dari kanan) melepaskan sebanyak 400,000 benih udang galah di Sungai Coli, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, Terengganu hari ini.-UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Tasik Kenyir yang menjadi syurga kaki pancing bagi mendapatkan  pelbagai spesis ikan air tawar kini bakal mempunyai satu lagi tarikan baharu iaitu udang galah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kalangan kaki pancing berpeluang mendapatkan habuan udang galah apabila sebanyak 802,260 benih hidupan itu dilepaskan secara berperingkat di sekitar Sungai Coli di tasik tersebut.

Katanya, pelepasan pertama ialah pada 20 Oktober lalu melibatkan sebanyak 402,260 benih udang galah disusuli 400,000 lagi benih, hari ini dengan bekalan diperolehi dari Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kampung Acheh di Sitiawan, Perak.

“Dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan udang galah yang dilepaskan di Tasik Kenyir ini boleh mencapai saiz yang sesuai untuk dimakan.

“Usaha pelepasan ini dalam masa sama dapat menambah sumber hidupan di Tasik Kenyir sekali gus menjadi tarikan terbaharu kepada pemancing di samping menambah pendapatan nelayan darat,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan ke Tasik Kenyir hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Perikanan negeri,  Zawawi Ali.

Menurut Azman, selain Tasik Kenyir, usaha pelepasan anak benih udang galah itu turut dilakukan di perairan  negeri ini termasuk kolam, tasik dan sungai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.