Langgar kuarantin: Kes menteri NFA, tiada borang kuarantin diri diserahkan - Utusan Malaysia

Langgar kuarantin: Kes menteri NFA, tiada borang kuarantin diri diserahkan

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh AGC kerana kekurangan bukti kukuh bagi mengasaskan pendakwaan terhadap beliau.

“Ini kerana hasil penelitian AGC mendapati dia tidak diserahkan borang 14 B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Jadi, AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd. Khairuddin selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.I

Ini susulan sebanyak 27 laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini dan siasatan dijalan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kompaun RM1,000 dikenakan terhadap Mohd. Khairuddin pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya