Lagi tayar lori balak tercabut, rempuh kereta - Utusan Malaysia

Lagi tayar lori balak tercabut, rempuh kereta

SEBUAH kereta kemik selepas dirempuh tayar lori balak yang tercabut di Kampung Lata Kaseh di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Gerak hati seorang suami membatalkan hasrat membawa kereta keluar bekerja dan menaiki motosikal menyelamatkan anak dan isterinya daripada dirempuh tayar lori balak yang tercabut di Kampung Lata Kaseh di sini semalam.

Kejadian itu menyaksikan kereta yang diletakkan di depan rumah remuk selepas menjadi ‘benteng’ menahan tayar lori balak yang bergolek laju dari merempuh bilik dihuni anak dan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu tayar berkembar lori balak berkenaan tercabut dan bergolek menuruni bukit ke rumah mangsa sebelum merempuh kereta jenis Perodua Alza yang diletakkan di depan rumah.

Siti Noraaisyah Abdul Rahman, 35, berkata, semasa kejadian dia baharu balik ke rumah selepas menghantar anak sulungnya ke sekolah. 

“Apabila balik saya terus ke bilik depan melihat anak ketiga yang berusia tiga tahun sedang tidur sebelum terdengar dentuman kuat dan panggilan daripada emak mentua yang tinggal bersebelahan.

“Saya terkejut melihat tayar lori yang tercabut merempuh kereta dan berasa bernasib baik kerana sebelum ini suami yang mahu membawa kereta kerana hujan rintik tergerak hati pula membawa motosikal,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya