Kluster Bayu 'serang' Johor - Utusan Malaysia

Kluster Bayu ‘serang’ Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Satu lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti di negeri ini iaitu Kluster Bayu.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan yang memetik laporan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, kluster itu dikesan membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bergejala pada 23 Oktober lalu.

“Susulan itu saringan kontak dijalankan dan mengesan tujuh lagi kes baharu iaitu melibatkan dua orang rakan sekerja dan lima ahli keluarga mereka.

“Sehingga semalam, kumulatif kes bagi kluster ini adalah lapan kes. Jumlah kontak yang dikenal pasti adalah seramai 78 orang dengan 53 orang negatif manakala 17 masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya