fbpx

26 Oktober 2020, 11:38 am

  TERKINI

Ketengah arah kakitangan jalani kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengarahkan mana-mana kakitangannya yang mempunyai kontak dengan individu  disahkan positif Covid-19 di daerah ini agar menjalani kuarantin kendiri dan bekerja dari rumah. 

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, arahan yang berkuatkuasa semalam itu susulan penutupan sementara sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah di sini kerana pembantunya yang disahkan positif Covid-19. 

“Pengurusan Ketengah bersetuju agar pegawai dan kakitangan (termasuk mereka yang mendiami premis sama) yang menghantar anak ke tadika itu atau mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tadika diarahkan kuarantin kendiri.

“Mereka dibenarkan bekerja dari rumah bermula semalam sehingga tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook di sini hari ini. 

Razali bagaimanapun berkata, permohonan bekerja dari rumah itu perlu dikemukakan terlebih dahulu untuk kelulusan pihak atasan. -UTUSAN

BERITA BERKAITAN