Johor hantar surat bantahan - Utusan Malaysia

Johor hantar surat bantahan

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor akan menghantar surat bantahan kepada wakil kedutaan Perancis Isnin ini bagi membantah tindakan penghinaan Islam di negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, usaha itu sebagai tanda bantahan kerajaan negeri terhadap penghinaan kepada agama Islam.

“Cuma saya berharap umat Islam di negeri ini bersabar dan tidak melakukan sebarang tindakan dan melampaui batas sehingga mencetuskan emosi serta ketegangan.

“Biarlah bantahan ini berlandaskan undang-undang agar pihak berkenaan mengambil peduli terhadap pendirian dan sikap kita yang membantah penghinaan kepada agama Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar di sini semalam.

Islamofobia di Perancis kian memuncak susulan kenyataan dibuat Presiden Emmanuel Macron ketika membuat kenyataan berhubung insiden pembunuhan guru yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.

Macron dilaporkan berkata, Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN