Harga petrol RON95, RON97 turun 4 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 turun 4 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 4 sen seliter iaitu masing-masing kepada RM1.64 seliter dan RM1.94 sen seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini ialah RM1.68 bagi RON95 dan RM1.98 seliter bagi RON97.

Bagaimanapun,  harga runcit diesel kekal pada paras RM1.74 seliter. 

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) bermula esok hingga 30 Oktober.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya