Dakwaan tiga wakil rakyat Pas sokong Anwar tidak munasabah - Utusan Malaysia

Dakwaan tiga wakil rakyat Pas sokong Anwar tidak munasabah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pas menolak dakwaan tiga orang wakil rakyatnya termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong dan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan. 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mengesahkan bahawa tiada seorang pun daripada Pas menyokong dakwaan Presiden PKR tersebut. 

“Dia (Anwar) mendakwa sudah cukup bilangan dan mempunyai majoriti yang kukuh. Bagaimanapun, kita sukar untuk menjangka. Kita akan lihat, yang jelasnya parti politik masing-masing buat penafian, ada yang buat laporan polis tak terlibat dalam pembentukan itu. 

“Dalam konteks Pas, kami bersedia dalam sebarang kemungkinan. Pas 18 orang kukuh sebagaimana UMNO menyokong kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 18 orang ini kita tidak akan menyokong Anwar. Bila ada senarai yang tular tiga orang termasuk Presiden Pas, itu yang paling tidak muhasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi tumpahan minyak di Pantai Cermin, dekat sini hari ini. 

Dalam pada itu, jelas Tuan Ibrahim, dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini, kerajaan perlu berusaha untuk memulihkan ekonomi negara berbanding menukar kerajaan. 

“Pertama sekali kita adalah negara demokrasi, dalam situasi Covid-19 yang melanda negara ini, kita kena fikirkan keutamaan rakyat,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya