Covid-19: 10 lagi sekolah ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: 10 lagi sekolah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak enam buah sekolah di Perak dan empat di Kedah ditutup selama tujuh hari susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan warga sekolah terlibat.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang kesemuanya di Taiping dan SMK Baling dan SMK Bongor di Baling serta SMK Bukit Payong serta SK Bukit Pak Kiau di Pokok Sena, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri,  Razman Zakaria berkata, arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu adalah sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

Beliau menasihatkan ibu bapa murid sekolah terlibat supaya tidak panik dengan penutupan sekolah berkenaan dan mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.

Di ALOR SETAR, Exco Pendidikan negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, semua pelajar, guru serta kakitangan sekolah berkenaan dikehendaki melakukan kuarantin di rumah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Jumlah keseluruhan pelajar di empat buah sekolah yang ditutup itu dianggarkan seramai 2,245 orang.

Beliau menambah, setiap warga sekolah berkenaan boleh bekerja dari rumah selain memastikan pembelajaran pelajar masing-masing tidak ketinggalan melalui pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh penutupan itu.

Kementerian Pendidikan semalam memaklumkan, mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya