Buruh mengaku godam kad Touch ‘n Go - Utusan Malaysia

Buruh mengaku godam kad Touch ‘n Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang buruh dihukum penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menggodam aplikasi kad nilai tambah Touch ‘n Go bulan lalu.

Majistret Zaki Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Choy Chean Weng, 31, membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 5 Oktober lalu dan tempoh pemenjaraan ditambah 10 bulan lagi jika gagal membayar denda terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya