Anwar tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan - Utusan Malaysia

Anwar tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman bagi diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Difahamkan, Presiden PKR itu masuk pekarangan Bukit Aman melalui pintu B bangunan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid  ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan mengenai perkara itu.

“Ya, Anwar tiba pukul 3 petang tadi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN