Ambil tindakan keras bekal benih padi tidak berkualiti - Utusan Malaysia

Ambil tindakan keras bekal benih padi tidak berkualiti

AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan digesa mengambil tindakan keras terhadap syarikat pengeluar dan ejen-ejen benih padi yang gagal mematuhi kontrak termasuk membekalkan benih padi yang tidak berkualiti kepada pesawah.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, syarikat pengeluar padi terbabit perlu bertanggungjawab dengan memastikan pesawah mendapat bekalan padi yang berkualiti.

Beliau berkata, MADA mengesyorkan syarikat pembekal padi dan pesawah menggunakan benih padi varieti-varieti tempatan yang mengeluarkan hasil tinggi termasuk MR297.

“Selain Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd. (MADACorp), syarikat pengeluar padi lain yang berpusat di kawasan MADA ialah Pertama Padi Sdn. Bhd. dan KB Seri Merbok Sdn. Bhd.,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan ekoran benih padi tidak berkualiti yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembekal menyebabkan hasil beras negara merosot kira-kira 300,000 tan metrik setahun dengan kerugian para pesawah pula dianggarkan mencecah sehingga RM300,000 juta.

Ahmad Tarmizi berkata, kementerian itu juga perlu mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang turut memanipulasikan harga benih padi dan tidak dapat dibekalkan dalam tempoh sewajarnya.

Difahamkan jumlah pesawah yang terdapat di kawasan MADA ialah 57,635 orang.

Dalam pada itu, menurutnya, pihaknya memberi jaminan bekalan benih padi yang diperlukan pesawah bagi kawasan MADA seluas 100,685 hektar bagi musim 2/2020 yang bermula pada bulan lalu mencukupi.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, syarikat pengeluar padi di kawasan ini mampu membekalkan sebanyak 14,517 metrik tan benih padi sah dan jumlah itu melebihi keperluan bagi kegunaan musim ini iaitu 14,096 metrik tan.

“Kita telah mengarahkan semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA membuat pesanan awal stok benih padi sah daripada pengeluar.

“Majoriti daripada pesanan yang dibuat oleh PPK MADA adalah daripada MADACorp manakala bakinya daripada pengeluar lain,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya