Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ditambah baik, hukuman lebih berat - Utusan Malaysia

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ditambah baik, hukuman lebih berat

TUAN Ibrahim Tuan Man melawat kawasan Pantai Cermin yang dicemari tumpahan minyak di Port Dickson, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kementerian Alam Sekitar dan Air akan mengkaji Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk hukuman lebih berat dengan menaikkan denda maksimum RM10 juta kepada pesalah pencemaran alam sekitar.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, akta tersebut perlu dikaji semula supaya hukuman setimpal dapat dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Denda sekarang RM500,000 kita akan pinda kepada RM10 juta dan tingkatkan juga akan hukuman penjara. Kita akan bawa kepada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan. Kita tidak mahu berkompromi dengan insiden tumpahan minyak kapal ini, kita cuba tingkatkan denda kerana ini adalah sikap yang biadab. 

““Kita juga minta sekiranya ada kapal-kapal dan berlaku tumpahan minyak agar segera memaklumkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya dimaklumkan lebih awal, kita boleh urus dengan baik namun jika minyak ini sudah berada di pantai kos yang digunakan akan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi tumpahan minyak di Pantai Cermin, dekat sini hari ini. 

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjelaskan sampel minyak telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca pencemaran tersebut.

“Sampel berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis dan penentuan ciri serta komposisi bahan buangan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melakukan rondaan laut dan pemantauan menggunakan dron bagi mengesan tumpahan minyak. 

“Jawatankuasa Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Daerah Port Dickson dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah telah diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa minyak berkenaan” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya