fbpx

30 November 2020, 12:43 am

  TERKINI

Abdul Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin,82, meninggal dunia kira-kira pukul 11.52 malam tadi di Pusat Perubatan Ara Damansara, Selangor.

Jenazah disembahyangkan di Bukit Damansara selepas solat Subuh hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah, Gopeng, Perak.

Anak kepada allahyarham memaklumkan, oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya 20 orang jemaah sahaja dibenarkan untuk solat jenazah.

“Dimohon agar kita semua dapat mendoakan buat allahyarham, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman,” katanya menerusi satu kenyataan.

Abdul Aziz juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.-UTUSAN