65 haiwan berkeliaran ditangkap di Kemaman - Utusan Malaysia

65 haiwan berkeliaran ditangkap di Kemaman

Operasi menangkap haiwan berkeliaran oleh Majlis Perbandaran Kemaman di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebanyak 65 haiwan ternakan yang berkeliaran ditangkap Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sekitar daerah ini dari Januari hingga kini. 

Yang Dipertua MPK, Jusman Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 56 merupakan kambing manakala sembilan lagi lembu.

Di samping itu, katanya, 16  penternak turut dikenakan kompaun bernilai hampir RM2,000. 

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik ternakan yang cuai dan membiarkan ternakan mereka merayau hingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya. 

“Penternak boleh dikompaun RM250 bagi setiap haiwan peliharaan yang ditangkap merayau di kawasan awam di samping denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan di mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Jusman berkata, hukuman kompaun terhadap penternak dibuat mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kemaman) 1989. 

Katanya, pemilik perlu membayar kompaun sebelum menebus semula ternakan mereka dalam tempoh masa tujuh hari dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ternakan tersebut dilelong.

Menurutnya, nilai tebusan sebanyak RM250 ditetapkan untuk seekor anak lembu atau kerbau dan RM500 bagi ternakan dewasa manakala anak kambing (RM100) dan kambing dewasa (RM150). 

“Setakat ini, kita berjaya mengutip hampir RM7,000 menerusi nilai tebusan yang dilakukan pemilik ternakan manakala hasil lelongan pula sebanyak RM1,250,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.