28 tan daging kerbau sejuk beku disita  - Utusan Malaysia

28 tan daging kerbau sejuk beku disita 

SEBANYAK 28 tan daging kerbau sejuk beku dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang semalam selepas didapati tidak mempunyai dokumen lengkap dan meragukan. IHSAN MAQIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas sebanyak 28 tan daging kerbau sejuk beku selepas didapati tidak mempunyai dokumen lengkap dan meragukan.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dilakukan ketika pemeriksaan rutin agensi berkenaan ke atas sebuah kotena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kira-kira pukul 4.20 petang semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati produk yang dibawa masuk dari India itu tidak mempunyai sebarang maklumat seperti alamat loji penyembelihan dan alamat pengeksport pada dokumen Sijil Halal dari negara pengeksport.

“Sehubungan itu, daging kerbau sejuk beku tersebut yang dianggarkan bernilai RM261,694.50 disita bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya