MARAN: Seramai 25 individu dikompaun dan lima premis diarah tutup dalam dua operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Sri Jaya dan Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini.
Ketua Polis Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, kompaun itu membabitkan pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai pelitup muka serta melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Operasi melibatkan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dan Balai Polis Jengka dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Norzamri berkata, premis yang diarah tutup gagal mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.