Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British - Utusan Malaysia

Sultan Johor terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Ia merupakan pertemuan pertama Hay bersama Sultan Ibrahim sejak memulakan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada tahun lalu.

Ketibaan beliau bersama isteri, Pascale Sutherland disambut oleh baginda dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat ke pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia meluangkan masa lebih satu jam bersama Hay dan isteri dalam membincangkan pelbagai isu semasa sebelum mereka diraikan dalam majlis santapan tengah hari. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya