RM30 juta bina laluan jalan kaki di Tambak Johor - Utusan Malaysia

RM30 juta bina laluan jalan kaki di Tambak Johor

MOHD. SOLIHAN BADRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Johor memohon peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Pusat untuk membina laluan pejalan kaki di Tambak Johor bagi kemudahan rakyat Malaysia dan Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, cadangan laluan sejauh 350 meter itu bakal dilengkapi kemudahan pendingin hawa dan eskalator.

“Kita telah hantar kertas cadangan kepada Kerajaan Pusat pada awal tahun ini dan berdasarkan maklumat awal diterima, mereka sedang melakukan kajian lanjut.

“Jika diluluskan, ia bakal memberi kemudahan kepada kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik untuk bekerja ke negara itu pada setiap hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, Solihan (Bersatu-Tenang) dalam sesi soalan lisan sewaktu Sidang DUN Johor memaklumkan, Kerajaan Negeri sehingga kini masih lagi menunggu kelulusan peruntukan Kementerian Kerja Raya terhadap projek pembinaan laluan tersebut.

Dalam pada itu, Solihan memaklumkan, Singapura telah menyatakan minat untuk menyambung laluan tersebut dari sempadan Malaysia ke negara itu.

“Perkara itu telah dinyatakan oleh Konsulat Singapura di Johor sewaktu mengadakan pertemuan dengan saya baru-baru ini. Kita sudah serahkan pelan rekaan pejalan kaki tersebut kepada Singapura untuk maklumat mereka,” katanya.

Katanya Solihan lagi, buat masa ini orang ramai dilarang berjalan kaki melintasi Tambak Johor kerana ianya adalah berbahaya.

“Tetapi menerusi cadangan kemudahan ini, ia dijamin selamat sekali gus mengurangkan kesesakan Tambak Johor seperti mana berlaku sebelum sempadan negara ditutup,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya