fbpx

Rela kongsi kuasa asas kekalkan kerajaan PN

KAMARUDIN SIDEK
  • Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
  • 17 September 2020, 12:19 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas Melaka berpendapat asas untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk sejak Mac lalu adalah melalui kerelaan antara kesemua parti dalam gabungan itu berkongsi kuasa.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek berkata, kesemua pihak perlu menerima hakikat bahawa mana-mana parti politik hari ini tidak lagi boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

“Dalam suasana politik hari ini semua parti tidak boleh bina kerajaan secara sendirian, mereka kena terima konsep kongsi kuasa, barulah kita boleh masuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang secara satu lawan satu.

“Kalau tak mahu terima konsep kongsi kuasa agak sukar dalam perbincangan (termasuk pembahagian kerusi),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara 100 Hari Pas Dalam Kerajaan Negeri Melaka yang disiarkan secara langsung dalam Facebook Pas Melaka di sini.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga Penasihat Agama Ketua Menteri berkata, konsep tersebut bukan sahaja perlu dipraktikan oleh UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi Pas juga sedia berpendirian sama.

“Dalam majlis UMNO pun saya sebut perkara ini, UMNO kena ada anjakan paradigma pemikiran untuk berkongsi kuasa.

“Malah untuk Bersatu pun konsep sama perlu menjadi asas dan begitu juga dengan Pas sekiranya kita mahu kekal untuk membentuk kerajaan negeri khususnya,” katanya. -UTUSAN

POPULAR