fbpx

4 Disember 2020, 10:22 pm

  TERKINI

Mati lemas ketika cari lala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari lala (sejenis siput) bersama empat lagi rakannya di Laguna Pantai Sri Tujoh, di sini malam tadi, ditemukan mati lemas, hari ini.

Mayat Mohamad Munzir Mustafa, 28, ditemukan oleh anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 1.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, mayat mangsa ditemukan dari jarak 300 meter tempat dia dipercayai lemas.

“Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 11.40 malam ketika mangsa sedang mencari lala di kawasan tersebut.

“Difahamkan, mangsa tidak menyedari berlakunya fenomena air pasang ketika itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Baijuri memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.13 pagi ini memaklumkan kehilangan mangsa.

Seramai 14 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat. -UTUSAN