Lagi pemimpin UMNO gesa PRU segera diadakan - Utusan Malaysia

Lagi pemimpin UMNO gesa PRU segera diadakan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang lagi pemimpin UMNO menggesa pilihan raya umum (PRU) diadakan segera selaku jalan keluar terhadap kemelut politik yang melanda tanah air sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun Perikatan Nasional memiliki kelebihan empat kerusi parlimen iaitu 113 berbanding Pakatan Harapan (PH) dengan 109 kerusi, namun, jumlah itu tidak stabil.

Kata Ahli Parlimen Pontian itu, kestabilan politik dan ekonomi adalah penting dalam sesebuah negara.

“Kerusi Parlimen 113-109 adalah tidak stabil, jadi, perlu lebih 130 kerusi untuk tadbir dengan baik. Jalan keluar? Kembali kepada rakyat dengan adakan PRU. 

“Ketika Covid-19? Dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, negara seperti Korea Selatan dan Singapura pun dah selesai,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Selain Ahmad, antara pemimpin UMNO yang mengesa PRU diadakan segera adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Langkah itu bertujuan untuk mengembalikan mandat rakyat bagi memilih parti dan pemimpin mereka yang dilihat jalan keluar terhadap penyelesaian kemelut politik negara sejak awal tahun ini.

Gesaan itu makin kuat ekoran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas pihaknya memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa beliau memiliki sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya