Kerajaan Kedah kesal harga barang melambung  - Utusan Malaysia

Kerajaan Kedah kesal harga barang melambung 

AZMAN NASRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri kesal dengan sikap peniaga di Ambangan Heights, Amanjaya di sini yang didakwa menaikkan harga barangan keperluan secara mendadak.

Tindakan peniaga itu dilihat membebankan 22,360 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) membabitkan Zon Kenanga, Melor dan Mawar tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perusahaan Perladangan, Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, Azman Nasrudin berkata, peniaga terbabit sepatutnya prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk dan beretika menjalankan urus niaga.

Sehubungan itu, menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri ini untuk memeriksa harga barangan keperluan di premis-premis dalam kawasan Temco.

“Jangan ambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati dalam keadaan apa sekali pun, sebaliknya peniaga perlu ikut harga semasa yang ditetapkan,” katanya selepas  meninjau Pasar Segar Terkawal di Zon Kenanga di sini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan penduduk di kawasan itu mendakwa peniaga di kawasan Temco menaikkan harga barangan untuk  mengaut keuntungan berlebihan.

Azman berkata, pihak PPDNHEP diminta menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tamak itu.

Pada masa sama, beliau menambah, penduduk juga diminta membuat laporan jika mendapati peniaga di kawasan itu menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Peniaga yang menaikkan harga barangan pada Temco ini boleh ambil tindakan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menjadikan pasar segar terkawal di kawasan Temco sebagai pasar khas harian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya