Johor bangunkan Zon Industri Perikanan - Utusan Malaysia

Johor bangunkan Zon Industri Perikanan

SAMSOLBARI JAMALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri akan mewujudkan Zon Industri Perikanan di tiga lokasi berlainan pada tahun depan bagi memelihara habitat hidupan laut yang diancam kepupusan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, tiga lokasi itu melibatkan daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian. 

Katanya, zon itu diwujudkan bagi membantu mengekalkan habitat hidupan laut seperti kupang, kerang dan ikan sangkar. 

“Penting untuk kita mengekalkan industri kupang di negeri ini secara berterusan kerana realitinya dihimpit kepupusan, bukan kupang yang pupus tetapi habitatnya. 

“Jadi, kita ambil inisiatif mewujudkan Zon Industri Perikanan iaitu cari kawasan dan pertahankan supaya tiada pembangunan yang boleh mengganggu habitat hidupan laut pada masa depan. 

“Zon ini sekurang-kurangnya perlu tiga atau empat kawasan. Kita sudah kenal pasti sembilan kawasan, tetapi kita ambil kawasan yang tiada masalah untuk menjayakan inisiatif ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Kawasan Penternakan Kuala di Perairan Kuala Masai, Kampung Pasir Gudang Baru di sini.

Samsolbari berkata, pihaknya dalam peringkat akhir memberi kemudahan kepada nelayan pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) agar dapat menerima insentif kerajaan negeri.

“Pada masa sama, kita berada di peringkat akhir beri kemudahan kepada nelayan. Apabila LPS dikenakan terhadap pengusaha, ini adalah demi kebaikan negeri dan pengusaha. 

“Tetapi dalam masa sama kerajaan negeri akan melihat perkara ini dan akan beri insentif. Kita akan lihat bila perlu mula bayar dan kadar bagi setiap meter. Realitinya Johor adalah pengeluar kupang dan kerang terbesar negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya