Hakisan tebing makin serius - Utusan Malaysia

Hakisan tebing makin serius

MOHD. Romzi Ahmad (kiri) menunjukkan runtuhan tebing sungai sehingga mengakibatkan jalan mini tar rosak di Kampung Paya, Baling, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Paya dan Kampung Sungai Limau di sini bimbang apabila hakisan tebing Sungai Ketil semakin serius sehingga merosakkan jalan yang menjadi laluan alternatif.

Tinjauan Utusan Malaysia men­­dapati tebing sungai sema­kin ­‘runtuh’ selain struktur jalan mini tar sejauh kira-kira 10 meter me­ngalami ­kerosakan teruk.

Seorang penduduk Kampung Paya, Mohd. Romzi Ahmad, 31, berkata, tebing mengalami haki­san serius setiap kali berlaku banjir di kawasan tersebut.

“Selain hakisan, permukaan jalan alternatif yang menjadi laluan penduduk di Kampung Paya dan Kampung Sungai Limau juga mengalami kerosakan.

“Jika dahulu, jarak antara tebing sungai ke jalan mini tar melebihi 10 meter tetapi kini hanya tinggal kira-kira satu meter sahaja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Zai­nab Yaacob, 47, berkata, haki­san sudah mencecah separuh jalan mini tar dan keadaan itu me­ng­an­cam keselamatan penduduk terutama pelajar sekolah yang menggunakan laluan tersebut.

“Jalan ini menjadi pilihan pelajar kerana pa­ling dekat untuk ke sekolah dan digunakan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga selain itu tum­puan para pelancong serta pendaki ke Gunung Pulai.

“Jika tidak dibaik pulih segera dibimbangi akan mengundang bahaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya