Unjam tingkatkan pendapatan nelayan - Utusan Malaysia

Unjam tingkatkan pendapatan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 1,000 keluarga nelayan kawasan Umbai Pernu kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaanmelabuhkan 30 unjam di perairan Jeti Nelayan Umbai.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, pemasangan unjam itu bertujuan untuk menambah habitat pelbagai spesies ikan sekaligus meningkatkan pendapatan 290 nelayan di dalam Parlimen Jasin.

“Diharapkan, usaha ini dapat memberi sedikit insentif kepada nelayan yang menjadi antara kumpulan sasaran yang perlu dibantu.

“Semua kawasan-kawasan unjam ini akan ditanda untuk memudahkan para nelayan dan pemancing berada ditempat habitat ikan sekaligus meningkatkan pendapatan mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Melabuh Unjam dan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) di Jeti Umbai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, sebanyak RM1.17 juta diperuntukan kerajaan bagi melaksanakan projek PRE 1.0 dan Projek Bantuan Kabin Fisheries Transformation Center (FTC) myKomuniti Perikanan (myKP).

“Kaedah pelaksanaan projek unjam myKP ini akan memberi peluang kepada komuniti perikanan untuk menguruskan unjam secara bersama di samping memberi manfaat kepada nelayan secara berkelompok.

“Dengan adanya program sebegini ia dapat meningkatkan Iagi kecekapan operasi penangkapan ikan melalui kaedah pengurusan yang terkawal dan tersusun,” katanya.

Unjam adalah sejenis alat yang diperbuat daripada daun kelapa yang diikat dan dilabuhkan ke laut supaya menjadi tempat ikan berkumpul.

Sementara itu bagi nelayan, Zulkifli Jon, 58, tahun, dia lega kerana kerajaan prihatin dengan keluhan nelayan kawasan berkenaan yang terjejas pendapatan akibat kemerosotan hasil laut sejak penambakan laut.

“Unjam adalah kaedah paling mudah dan murah untuk meningkatkan pendapatan nelayan pantai yang sebelum ini terjejas berikutan projek penambakan laut selain kemasukan bot pukat tunda yang kerosakan benih ikan.

“Saya yakin, selepas tiga atau empat bulan, pendapatan nelayan akan bertambah baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya