TEMCO di dua buah kampung di Perlis - Utusan Malaysia

TEMCO di dua buah kampung di Perlis

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di dua buah kampung di Perlis.

Penguakuasaan di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul itu dilaksanakan selama 21 hari bermula semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu mengambil kira kes aktif yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Sanglang, Perlis.

Katanya, PKPD Bersasar di kawasan tersebut melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.

“Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya.

“Pergerakan keluar masuk oleh penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan TEMCO adalah dilarang,” katanya dalam laporan terkini perkembangan harian Kawalan Pergerakan di sini semalam.

Tambah Ismail Sabri, premis perniagaan di bawah perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi dalam kawasan TEMCO dan masa operasi dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Bagaimanapun, katanya, pergerakan dalam kawasan TEMCO adalah dibenarkan.

“Bekalan makanan dibenarkan dibawa masuk ke kedai runcit yang berada dalam kawasan TEMCO.

“Semua pejabat kerajaan dan sekolah yang terletak di dalam kawasan TEMCO ditutup. Aktiviti keagamaan di masjid-masjid dihadkan secara bersyarat manakala semua rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan beroperasi,” ujarnya.

Ismail Sabri menegaskan, petugas Kementerian Kesihatan akan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas semua penduduk di dalam kawasan TEMCO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya