Sah, Bersatu kini sebahagian MN - Utusan Malaysia

Sah, Bersatu kini sebahagian MN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) Selasa lalu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan gabungan itu sudah menerima surat persetujuan daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia susulan daripada surat jemputan yang dihantar kepada Bersatu untuk menyertai MN pada 13 Ogos lepas.

“Itulah semangat syura dibincang dan dipersetujui bersama oleh MN pada 6 Ogos. Perkara itu dilaporkan dalam Biro Politik dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) pada 7 Ogos.

“Surat dihantar pada 13 Ogos. 18 Ogos, kita terima surat setuju daripada yang amat berhormat Presiden Bersatu,” katanya melalui akaun Twitternya semalam.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi akaun Twitternya memaklumkan mengenai mesyuarat MN yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menjemput Bersatu menyertai MN.

“Saya dan Presiden Pas tandatangan surat jemputan kepada Bersatu berdasarkan kepada keputusan mesyuarat berkenaan,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu pula, Muhyiddin berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar.

Beliau percaya bahawa penyertaan dalam MN adalah pilihan terbaik untuk parti itu kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara ini.

Mengulas lanjut, Annuar menjelaskan, UMNO dan Pas ketika membincangkan hala tuju MN seperti dalam perjanjian persefahaman (MoU) dan piagamnya sudah menyatakan komitmen untuk membawa pembabitan parti lain dalam memperkasa penyatuan ummah.

“Alhamdulillah, matlamat memperkasa MN secara organik seperti yang tercatat dalam perkara 2.2 MoU/piagam semakin berjaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya