Program padanan kerja Covid-19 - Utusan Malaysia

Program padanan kerja Covid-19

MICHAEL TAY CHEE BOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MCA dengan kerjasama Persatuan Perniagaan India Johor (JIBA) menyediakan peluang padanan pekerjaan khususnya kepada orang ramai yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, kerjasama itu turut menyediakan peluang latihan bagi mereka yang mahu meneroka kerjaya dalam bidang baharu. 

Katanya, pihaknya menyasarkan untuk menerima lebih daripada 1,000 permohonan menerusi platform ini dalam tempoh beberapa bulan.

“Akibat pandemik Covid-19 ketika ini, ramai orang terkesan dan kehilangan pekerjaan, termasuklah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sebelum ini. 

“Kini kami menyediakan satu saluran kepada orang ramai untuk cuba mendapatkan pekerjaan baharu, sama ada dalam sektor sama atau sektor berlainan berbanding pekerjaan mereka terdahulu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Maju di sini hari ini. 

Chee Boon turut memberitahu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat menerusi laman Facebook Pandemic Task Force atau kunjungi pejabat JIBA. 

Antara latihan yang disediakan melalui kerjasama ini melibatkan empat sektor pekerjaan iaitu perkhidmatan, kesihatan, industri kecil dan sederhana serta teknologi maklumat. 

Sementara itu, beliau turut menggesa golongan majikan untuk mengutamakan rakyat tempatan berbanding pekerja warga asing dalam pengambilan pekerja mereka. 

Menurutnya, terdapat sektor pekerjaan yang boleh dilakukan rakyat tempatan termasuk sebagai juruwang, pengawal keselamatan, pekerja restoran dan sebagainya. 

“Orang ramai juga tidak boleh memilih dan perlu menerima hakikat memiliki pekerjaan ketika pandemik ini adalah lebih baik berbanding tiada punca pendapatan lain,” ujarnya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya