Penunggang motosikal tercampak sejauh 40 meter dirempuh pemandu mabuk - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal tercampak sejauh 40 meter dirempuh pemandu mabuk

PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan di Kangar, Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang lelaki maut selepas tercampak sejauh 40 meter akibat dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki yang disyaki mabuk di Jalan Behor Pulai di sini semalam.

Mohd. Shahfiq Muhammad Kabir, 32, penunggang motosikal yang berasal dari Kampung Jejawi, Arau, mengala­mi cedera parah pada anggota badan.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa dari arah Kampung Behor Pulai melalui jalan ber­kenaan sebelum bertembung dengan kereta tersebut yang dipandu seorang pemuda berusia 23 tahun dari arah Utan Aji.

Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu suspek hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan sebelum me­rempuh mangsa dari hadapan.

“Mangsa tercampak kira-kira 40 meter dari tempat kejadian dan motosikalnya telah diheret suspek sejauh 160 meter sebelum terbabas ke dalam sungai kecil di bahagian bahu jalan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew.

Beliau berkata, hasil ujian ke atas pemandu mendapati kan­dungan alkohol dalam badannya melebihi had dibenarkan.

Pemandu terbabit direman empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya