Pengerusi sebuah kuil ditahan, senjata api dirampas - Utusan Malaysia

Pengerusi sebuah kuil ditahan, senjata api dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang pemuda ditahan di kawasan Sea Park, Petaling Jaya, awal pagi semalam kerana mengugut seorang lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian itu,suspek dikatakan mengugut lelaki itu menggunakan bahasa Tamil hingga menimbulkan ketakutan kepada isteri lelaki berkenaan sehingga insiden tersebut tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pengerusi baharu persatuan pengurusan kuil di Sea Park telah berselisih faham dengan pengerusi lama.

Ujarnya, akibat pergaduhan tersebut menyebabkan suspek ditahan sebelum menemukan dua senjata api bersama lapan peluru yang ditemui di pejabatnya di Balakong, Cheras, pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lesen senjata api sah dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan suspek direman sehari mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, suspek dibebaskan dengan jaminan polis tetapi dua pistol yang dirampas masih dalam simpanan polis.

“Kita mencadangkan supaya kelulusan senjata api suspek dikaji semula atas kepentingan dan keselamatan awam.

“Siasatan masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua pihak yang bertelagah termasuk meneliti pembabitan serta pengaruh Geng 21, Geng 08 dan Geng 04,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya