Pengawal pusat hiburan didakwa bunuh rakan - Utusan Malaysia

Pengawal pusat hiburan didakwa bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pengawal pusat hiburan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini semalam atas pertuduhan membunuh rakannya pada 29 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Christopher Wong Khoon Swan, 36, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Hokkien, Khoon Swan didakwa menyebabkan kematian ke atas Lau Weng Heng, 43.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Dahlia 3, Taman Dahlia di sini kira-kira pukul 5.50 pagi hingga 6 pagi pada 29 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 10 September ini. 

Media sebelum ini melaporkan Weng Heng mati selepas dilanggar dengan kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sarapan untuk ibunya.

Dia diseret kira-kira 15 meter sebelum dipukul dengan senjata disyaki kayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya