Pegawai tentera, anggota polis berdepan tuduhan bantu Geng Otong - Utusan Malaysia

Pegawai tentera, anggota polis berdepan tuduhan bantu Geng Otong

ENAM anggota penguat kuasa yang menghadapi tuduhan membantu ahli jenayah terancang Geng Otong di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pegawai tentera darat berpangkat mejar antara enam anggota kese­lamatan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membantu ahli jenayah terancang Geng Otong.

Selain Zaifol Abdul Hamid, 43, turut didakwa anggota tentera berpangkat sarjan iaitu Mohammad Riduan Razali, 35.

Empat lagi terdiri daripada anggota polis berpangkat ko­peral dan lans koperal iaitu Hong Tiong Khim, 24; Saddam Hussen Ismail, 29; Muhamad Safuan Taharin, 29 dan Mohd. Ariff Mustafa, 54.

Tiada penga­kuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Mereka didakwa membantu ahli kumpulan jenayah Geng Otong antara 28 September 2017 dan April 2020.

Pertuduhan dijalankan me­ngikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendali­kan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd. Ghani dan Rohaiza Abd. Rahman.

Kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan menetapkan tarikh 15 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Polis sebelum ini dilaporkan berjaya menumpaskan sepenuhnya kegiatan penyeludupan migran terbesar di negara ini dengan melumpuhkan tiga sindiket penyeludupan utama menerusi Op Benteng: Co­vid-19 di Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Pada 2 Julai lalu, 51 orang termasuk 25 warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang yang mendalangi sindiket penyeludupan pendatang asing sejak 2015 hingga tahun ini.

Anggota sindiket penyeludupan manusia tersebut membabitkan tekong darat, ejen, penjaga rumah penampungan transit selain transporter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya