MySejahtera bantu kerajaan kesan 322 pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

MySejahtera bantu kerajaan kesan 322 pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga 16 Ogos lalu, aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan telah berjaya mengesan seramai 322 pesakit Covid-19.

Angka itu adalah 3.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, bagi tujuan pengesanan kontak pula, pencarian secara tepat dapat dilakukan melalui aplikasi berkenaan dan jumlah kontak yang dikesan adalah bergantung kepada kes positif Covid-19.

“Aplikasi MySejahtera juga membantu mengesan kontak rapat bagi pesakit Covid-19 melalui maklumat pengimbasan kod QR premis yang dilakukan oleh para pengguna.

“Versi MySejahtera terkini juga membolehkan pengguna merekodkan tanggungan mereka semasa mengimbas kod QR dan ini dapat memastikan setiap pelanggan di sesebuah premis perniagaan dapat direkodkan,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Lee Boon Chye (PH-Gopeng) berkenaan jumlah pengguna aplikasi itu dan setakat mana ia membantu mengawal pandemik Covid-19.

Mohd. Redzuan menambah, jumlah pengguna berdaftar MySejahtera kini sudah mencapai 15.1 juta orang dan apa yang membanggakan adalah ia dibangunkan oleh syarikat tempatan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Melalui fungsi penilaian kesihatan sendiri, pengguna perlu menjawab soalan-soalan berhubung keadaan kesihatan dan maklumat perjalanan mereka sewaktu mula-mula menggunakan aplikasi tersebut ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Pengguna seharusnya mengemas mengemas kini faktor kesihatan dan maklumat perjalanan mereka untuk mengetahui risiko mereka terhadap Covid-19 selain itu terhadap banyak fungsi lain iaitu hotspot tracker,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya