fbpx

Lagi bangkai penyu terdampar

  • Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
  • 2 Ogos 2020, 1:27 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bangkai seekor penyu daripada spesies agar jantan ditemukan terdampar di tepi pantai PD Waterfront dekat sini semalam, iaitu penemuan kedua dilaporkan tahun ini.

Pengarah Perikanan negeri, Halimi Abd. Hanip berkata, bangkai penyu seberat 150 kilogram itu ditemukan orang awam sebelum menghubungi jabatan tersebut.

Katanya, penyu jantan itu dianggarkan berusia 40 tahun dan dipercayai mati kira-kira empat atau lima hari lalu.

“Kami percaya penyu ini mati akibat pukat atau terkena kipas bot,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, bangkai seekor penyu karah jantan seberat 100 kilogram turut ditemukan terdampar di Pantai Teluk Kemang.

Bagaimanapun, punca kematian penyu berusia 40 tahun itu tidak diketahui dan ia hanyut ke pantai sebelum ditemukan orang awam.

Sementara itu, Halimi menyeru orang ramai supaya melaporkan penemuaan penyu di pantai Port Dickson.

“Terdapat dua spesis penyu yang sering mendarat di Port Dickson iaitu agar dan karah.

“Orang ramai boleh segera melaporkan kepada kami jika menemukan bangkai atau penyu yang cedera di sepanjang pantai Port Dickson,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Dikemaskini pada