Kesihatan Harussani semakin baik - Utusan Malaysia

Kesihatan Harussani semakin baik

HARUSSANI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keadaan kesihatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semakin baik hari ini selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital KPJ di sini akibat serangan strok semalam.

Doktor Pakar Perubatan dan Neurologi KPJ Ipoh, Datuk Dr. Zakaria A. Kadir berkata, Harussani, 81, dimasukkan ke ICU hospital itu pukul 9 pagi semalam.

Katanya, Harussani mula menunjukkan perkembangan yang baik setelah keadaannya agak teruk akibat diserang strok pada bahagian kanan badan.

“Beliau mula menunjukkan respon yang baik sejak petang semalam apabila boleh menjawab soalan-soalan mudah.

“Keadaan beliau hari ini semakin baik dan bertambah responsif berbanding semalam dan kita akan pantau rapi keadaan beliau,” katanya dalam sidang akhbar di Hospital KPJ Ipoh di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin

Menurut Zakaria, dalam masa dua atau tiga hari lagi jika keadaan Mufti Perak itu bertambah baik, Harussani akan dipindahkan ke wad biasa dan menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan anggota badannya.

“Jika keadannya semakin baik, pihak hospital akan terus pantau selama seminggu untuk proses rehabilatasi. Untuk pulih sepenuhnya, ia akan mengambil masa yang panjang,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Akmal menyatakan rasa syukur kerana tokoh agama itu bertambah baik selepas melawatnya hari ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sedih dengan keadaan beliau dan sama-samalah kita mendoakan agar beliau pulih seperti sedia kala kerana khidmat baktinya masih diperlukan dan jasanya juga sangat besar kepada ummah,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan pekeliling kepada semua masjid di negeri ini untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin bagi mendoakan kesihatan Harussani bertambah baik.

Harussani dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya