Kerajaan komited bawa negara kembali normal - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Kerajaan komited bawa negara kembali normal – Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Muhyiddin Yassin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk membawa negara kembali kepada keadaan normal, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, normal yang dimaksudkan adalah rakyat bebas bergerak, perindustrian dan perniagaan berjalan dengan lancar, hasil pertanian dan komoditi dapat dituai dan dijual, anak-anak kembali ke sekolah atau universiti untuk belajar selain aktiviti sukan serta riadah dapat dilaksanakan.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program dan projek yang akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. 

“Program bagi meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan, kebolehpasaran graduan dan mengutamakan rakyat tempatan akan terus dipertingkatkan. 

“Keselamatan negara daripada ancaman sama ada dari dalam mahupun daripada luar juga akan terus diperkukuh. Ia selaras dengan titah Ke bawah Duli Tuanku betapa penting kedaulatan pertiwi terus dijaga. 

“Tidak ketinggalan juga kerajaan akan meneruskan agenda memperkasakan integriti dan tadbir urus di semua peringkat pentadbiran termasuk dalam kalangan rakyat,” katanya sewaktu berucap dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 di Istana Melawati, Putrajaya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.