Guan Eng, isteri didakwa hari ini - Utusan Malaysia

Guan Eng, isteri didakwa hari ini

GUAN ENG
LIM Guan Eng yang berhadapan tuduhan rasuah tiba di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Pulau Pinang dengan ditemani isteri, Betty Chew.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3.3 juta melibatkan projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang semalam, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini sekali lagi didakwa atas tuduhan salah guna kuasa.
Kali ini membabitkan projek cadangan pembangunan perkampungan pekerja di Pulau Pinang bernilai RM11.61 juta pada 2014.
Guan Eng didakwa menerima lebih RM300,000 hasil tindakan salah guna kuasa ketika beliau menjadi Ketua Menteri dengan melantik sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd bagi menguruskan projek berkenaan.
Menurut sumber, isterinya, Betty Chew juga akan didakwa hari ini atas tuduhan menerima lebih RM300,000 faedah daripada hasil projek tersebut.
“Difahamkan, wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat sub kontraktor, Excel Property Management and Consultancy Sdn. Bhd. yang Betty mempunyai kepentingan di dalamnya.
“Ahli perniagaan, Phang Li Koon yang merupakan pengarah syarikat yang dilantik menyedari perbuatan berkenaan dan sehubungan itu, dia akan dituduh mengikut Seksyen 28 (1) Akta SPRM 2009,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Pada 7 Ogos lalu, Betty ditahan bersama-sama Li Koon oleh SPRM Pulau Pinang selepas hadir memberi keterangan walau bagaimanapun mereka dibebaskan dengan jaminan wang tunai RM50,000.
Jumaat lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah berhubung projek terowong bawah tanah.
Menurut pertuduhan, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meminta rasuah daripada keuntungan yang bakal diterima oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli sebanyak 10 peratus.
Rasuah yang diminta atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sebagai suapan untuk membantu syarikat milik Zarul Ahmad iaitu Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (ZCSB) dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN