Enam ditahan, dadah bernilai RM213,000 dirampas - Utusan Malaysia

Enam ditahan, dadah bernilai RM213,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Enam individu terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu negara semalam.

Dalam operasi berasingan bermula pukul 3 petang itu turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM213,000.

Menurut sumber, satu serbuan telah dilakukan di Jalan Sentul Impian sebelum menahan seorang lelaki tempatan.

Dalam serbuan itu sebanyak 200 biji pil erimin 5 bernilai RM3,000 dirampas.

“Susulan penahanan itu, satu lagi serbuan dilakukan di tepi Jalan Hang Tuah 2, Taman Salak Selatan sebelum menahan seorang lagi lelaki bersama 2,000 biji Ppl erimin 5 dianggarkan bernilai RM30,000.

“Berpandukan lelaki tersebut telah membawa pihak polis ke sebuah rumah di sekitar Sungai Besi sebelum menahan empat wanita Thailand bersama pelbagai dadah bernilai RM180,000,” katanya kepada di sini hari ini.

Kata sumber lagi, kesemua suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya