Dua wanita maut motosikal dirempuh - Utusan Malaysia

Dua wanita maut motosikal dirempuh

DUA wanita warga Indonesia yang maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Lorong Mughni, Jalan Kebun, dekat Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua wanita warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang pelajar di Lorong Mughni, Jalan Kebun di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.20 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego membelok ke simpang sebelah kiri.

“Ketika itu, seorang pelajar berusia 18 tahun gagal mengawal kereta dan cuba mengelak sebelum merempuh bahagian hadapan motosikal yang dinaiki mangsa.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

“Sehingga kini kita masih menyiasat punca sebentar kejadian tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya