Sampai bila nak hadap banjir? - Utusan Malaysia

Sampai bila nak hadap banjir?

SYED Roslan Syed Rahiman menunjukkan tebing Sungai Bemban yang dibersihkan selepas kejadian banjir melanda Kampung Bemban di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.- UTUSAN/SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Selagi masalah aliran sungai tersekat tidak diatasi, selagi itu kami terpaksa berdepan dengan masalah banjir,” kata seorang penduduk, Syed Roslan Syed Rahiman, 39, yang kediamannya sering dinaiki air di Kampung Bemban di sini.

Menurut Syed Roslan, masalah banjir di kampung itu bukannya isu baru tetapi sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi sehingga kini tanpa ada jalan penyelesaian.

Jelasnya, masalah utama banjir di kampung itu adalah aliran air Sungai Bemban yang tersekat akibat pembangunan di kawasan hulu dan hilir sungai berkenaan.

“Dia kawasan atas sungai ini ada kawasan perumahan baharu dan di bawah pula projek pembinaan landasan kereta api manakala kampung kami terletak di tengah-tengah.

“Apabila hujan lebat berlaku air bercampur lumpur mengalir laju tetapi alirannya tersekat ketika melalui pembentong di bawah projek landasan kereta api menyebabkan berlakunya banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Syed Roslan lagi, setiap kali berlaku banjir, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hanya membersihkan kawasan sungai tetapi kejadian banjir tetap berlaku.

Dalam kejadian banjir pada 12 Julai lalu, kira-kira 31 buah rumah terjejas apabila dinaiki air setinggi hampir satu meter.

Banjir itu adalah kejadian kelima dalam tempoh tiga tahun dan dianggap penduduk sebagai yang paling buruk. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya