RSS sepenuhnya 10 tahun lagi - Utusan Malaysia

RSS sepenuhnya 10 tahun lagi

MOHD. Zubil Mat Som (depan, tengah) bersama barisan pegawai Maritim Malaysia Johor pada Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Johor di Johor Bahru, Johor semalam. UTUSANRAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perairan negara akan dikawal dengan sistem pengesanan radar Remote Sensor Site (RSS) sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun lagi.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata,
kerajaan dalam proses pemasangan radar berkenaan yang melibatkan tiga fasa.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 11 radar RSS di seluruh negara yang sedang dinaik taraf dengan teknologi terkini bagi memantau perairan negara dengan kos sebanyak RM125 juta.

“Dalam fasa pertama, kita menambah dua lagi radar RSS masing-masing di Abu Bakar Maritime Base di Johor dan di
perairan Langkawi.

“Bagi fasa kedua, kita akan menambah radar RSS di perairan pantai timur negara sebelum penambahan radar RSS di
perairan Sarawak dalam fasa ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Maritim negeri oleh
Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid yang bertukar ke Put rajaya kepada Laksamana Pertama Maritim Nurul
Hizam Zakaria, di sini semalam.

Mohd. Zubil berkata, setelah kerja menaik taraf 11 radar RSS sedia ada siap, ia dapat berhubung dengan radar baharu yang akan ditambah pada masa depan.

Sementara itu, beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menaik taraf aset Maritim Malaysia.

“70 peratus daripada keseluruhan aset dimiliki Maritim Malaysia sudah berusia lebih 25 tahun.

“Radar dan aset yang lebih canggih dapat membantu meningkatkan keupayaan agensi penguat kuasa dalam melindungi
kedaulatan perairan dan sempadan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.